Mar 12, 2012

Hi Nokkkk .

Lamanya tak update blog ! Pheww . Bye .

May 5, 2011

Welcome home .

Abang aku baru jea sampai rumah . Baru sangat . Alhamdulillah :) Tu maknanya aku dh nk balik kedah . Weeee xD Kakak aku nk pg KPJ sbb ada dating dgn doctor lg . Mak aku nk teman . Lepas tu , lepak jap . Mak aku nk jalan sana sini sinun dulu baru balik kedah tp aku pun tktau bila . Dlm masa terdekat la kot . Hihi . Tak sabarnyaaaaaaaaa :D Maleh dh duduk sini . Maleh aa maleh aa . Duduk sini pun ada org dengki kt aku . Bukan org kt sini yg dengki kt aku , org sana yg dengki sebenarnya sbb aku duduk sini . Lantak aku la nk duduk mana pun . Aku mati nnt tanam dlm tanah jugak . Chill la . Bukan aku mati nk letak aku kt muzium ke apa . Kecoh la . Aku punya suka la . Tk boleh tgk org senang langsung . Tk boleh tgk org lebih pada dia langsung . Mesti nk ada jgk . Mesti nk dengki jgk . Haaaaa kan dh keluar tajuk . Okay aku nak balik kedah hari sabtu rasanya . Rasanya la . Cikyah you jaga diri baik-baik tau :') Kirim salam kt kecik . Hihi . Bukan aku tk dtg dh . Dulu aku pernah janji nak jogging sama-sama dgn kau tp tk boleh la . Aku ibarat melukut di tepi gantang duduk kt sini . Haha . Nnt aku dtg la lagi tp aku pun taktau bila . Nnt dtg kedah contact la aku . Aku tk ke mana punya . Kita duduk planet yg sama . Tapi sedih la jgk kan . Dh janji nk pg shopping semua . Kau simpan dulu la gaji kau tu . Nnt dtg kedah kita pg shopping dkt Penang . Sumpah aku tk tipu . Heh . Kat sepang kau ramai kawan . Kecik pun ada boleh teman kau . Kau jgn lupa aku pulak . Aku tkkan lupakan kau . JANJIAQ ! Lepas tu , Kak Anis ckp nak balik 13hb ni . Huuuu . Kak Anis tk sempat kita nk pg shopping jgk . Nk pg Danau la konon . Kalau ikotkan aku tknak balik sbb Kak Anis ada tapi aku nk masuk form6 jap . Kejap jea . Masuk buat geli-geli . Nk buat reunion la apa bagai . Nk sambung form6 ke nk buat reunion diorang tu ? --' Lepas tu , aku nk check surat tawaran yg sampai rumah . Banyak benda aku nk buat . Nnt free aku dtg la balik . Boleh jea nk dtg naik bus tp takot . Hehe . Alaaaaa kalau jodoh , tk ke mana la . Kahkahkah . Aku tak sanggup nk tinggal cikyah . Nnt dia curang dgn aku . Howhowhow ? HAHA . Okay dh boleh diam kot . Story aku mmg byk tergantung . Heh . Okay buhbye :)

Alam anda .

Hari selasa hari tu aku plan nk pg alamanda sbb duduk rumah sorang sumpah boring gila . Aku bangun pagi tu aku online . Tgk cikyah online . Aku tegur dia . Tanya nk p alamanda tk . Dia semuanya nak tp tk ingat jalan . Aku call dia bagi tau jalan . Dia sampai Putrajaya pukul 4pm mcm tu . Bapak dia suruh balik sebelum pukul 7pm . Mak ai , Pak Azman tk kasi chance langsug . Nk jalan berapa jam la sgt . Dia dtg sini park motor dkt rumah then jalan kaki pg alamanda . Jalan sana sini tgk itu ini . Lepas tu , cikyah lapar dia ajak pg makan dkt Big Apple . Makan dkt situ . Aku makan tk habis . Aku amanahkan dkt cikyah suruh bg dkt adik dia satu donut yg aku makan tk habis tu . Hihi .Okay dh makan apa semua , kami pg kedai live star , kedai yg aku beli baju kt Fakh <3 Bububu ? syuksyuksyuksyuk ! HAHA ! Okay tk faham :p Okay sambung cerita td balik . Mula aku pg kedai TL tapi kasut tu mcm tk berpatutan la kan . Tu aku pg live star . Aku pegang dua kasut . Satu pink satu peach . Aku mintak saiz then aku pakai sebelah pink sebelah peach . Ohemjayy ! Aku taktau nak beli yg mana satu . Aku tanya cikyah nk beli yg mana satu , mana satu lg comel ? Mula dia kata pink lepas tu dia kata peach . Lepas tu , dia kata dia pun taktau . Dua dua canik . Ohgodddd , help me . Haha . Kasut tu di tatap lama jgk la . Ceh . Aku buat keputusan aku nk dua dua ! Tapi cikyah marah aku . Dia kata jangan tapi aku nk jugak tp nasib baik dpt member bukan kepala syaitan . Kehkehkeh . Dia ckp jangan . Cikyah cakap ambik peach la . Alaaaaa pink tu :( Okay aku ambik peach . Dia ckp nnt dia dpt gaji , kita dtg lagi ambik colour pink pulak . WOW ! Haha . Tk sabar tunggu dia dpt gaji . Lepas tu , jalan jalan lagi . Brg yg cikyah pegang byk yg gegirl okay . Ew . Yang aku pegang semua pink  Lepas tu , pg Nose pulak . Cikyah nk beli jam . Tiba aku nampak jam yg comel gila . Aku pun nk beli . Aku kata kalau aku bel jam tu cikyah kena ambik sama mcm aku cuma colour lain . Dia tk nak la apa la . Setengah jam jugak la nk pujuk dia suruh ambik jam tu . Haha . Aku ambik colour pink then terus bayar . Cikyah tk habis-habis lg pegang jam tu sbb dia tktau nk ambik colour apa . Dia asyik 'nak ambik ke tak nak nak ambik ke tak nak' . Haha . Sebab dia minat yg lain tp aku suruh dia ambik yg tu jgk :P Lastly , dia ambik colour putih . Akhirnya ! Kami beli jam lesbian . Aku pink dia putih . HAHA ! Lepas tu , jalan kaki balik rumah , dia salam makcik aku apa semua , tangkap gambar , cikyah dh pun pulang . Aku ckp dh sampai rumah msg aku . Tapi dia tk msg . Lama jgk la aku tunggu . Dlm pukul 8 pm aku msg cikyah tanya dh sampai rumah belum , dia kata baru sampai . Bapak dia suruh balik sebelum pukul 7 pm . Tapi dia bertolak awal td tp sampai lambat --' Padan muka kau . Motor kena tahan 4 hari sbb balik lewat . Haha . Lambat gila dia sampai rumah and and aku pun tktau dia pg mana . Bukan salah aku kot kan . Hehe :P Nnt nk pg lepak lagi . Gambar lain kali la kot aku upload kan . Okay byebye :)

Cerita lama lagi .

Ini jugak kisah lama bertarikhkan 25/4 abang aku check in ke Institut Jantung Negara . Apa ke kurang ajar aku ni . Check in aku cakap . Okay abaikan . Aku , mak aku , dgn kakak aku pg ke KPJ healthcare Kajang sbb kakak aku ada dating dgn doctor . Doctor yg agak lanjut usianya bagi MC 2 hari dkt kakak aku sbb yg tertentu la kan . Bapak aku , abg , dan abg aku pg terus ke IJN . Okay lepas dh selesai semua dkt KPJ tu kami bertolak ke IJN . Abang aku masukkan wad mawar sbb nak buat pembedahan jantung esok o.O Sampai sana kami pg wad lepak dulu dgn abg aku . Chill-chill dulu . Huha huha semua . Abg aku si Reza naik kereta asing bawak awek dia tu nk dtg wad jgk . Ew . Tak perlu okay . Lepas tu , dia dh nk bertolak balik Ipoh dgn awek dia tu . Ew . Tak perlu lagi okay . Malam tu abang aku si Raimi tidur wad di temani kakak aku . Aku dgn mak abah balik Putrajaya .
Keesokkan hari 26/4 abang aku dh bersiap-siap nak masuk dewan bedah . Tak dapat aku bayangkan mcm mana perasaan masa tu . Sumpah sedih tapi aku boleh tahan . Mak dgn kakak aku dh menangis . Tolak katil apa tah yg ada roda tu . Haha . *Okay bukan masa nk ketawa* Yaaa abang aku baring atas tu . Nurse tolak sampai dewan bedah . Family aku tenang . Redza sorang jea tak ada sbb dia dh balik Ipoh . Sampai dewan bedah , salam kiss apa semua lepas tu nurse cakap ada apa-apa nak pesan . Okay doakan yg terbaik la kan . Nurse cakap pembedahan 3 jam saja kalau lebih pun 4 jam mcm tu la . Abang aku masuk dewan bedah pukul 12 tgh hari mcm tu . Mak ngn kakak aku dh menangis . Aku dgn bapak aku tenang lagi . Kami semua tunggu depan ICU .  Dah berapa jam masuk dewan bedah , tiba aku menangis sbb aku dgr lagu yg abang selalu dgr . Aku sedih tgk mak aku menangis , tgk kakak aku menangis . Aku menangis sbb kenapa abg aku kena lalui cabaran yg besar dlm hidup dia . Dulu aku pernah menangis masa dia cerita pasal 'awek' dia tu . Kenapa dugaan dia besar sgt ? :'( Bila aku fikirkan balik , kenapa dugaan dan cabaran famlily aku , tak kena dkt aku ? Aku sanggup lalui . Sumpah aku tak tipu . Aku rela kalau sakit yg mereka lalui tu kena kt aku . Aku bukan nak jiwang tapi betul . Biar aku yg hadapi semua ni terutamanya kesakitan mak aku . Mmg la aku manja , mengada-ngada tp bila tgk family sendiri sakit , aku dh tak sanggup . Masa abg aku dalam dewan bedah , tk henti aku menangis tp aku kuat tahan . Kenapa mst abg aku ? Kenapa tk aku ? Tk pun jangan ada langsung family aku yg sakit . Jam dh pukul 3 pm , 3.30 pm , 4 pm , 5.30 pm . Aku dah mula risau . Mak aku tk habis lg teresak-esak . Nurse ckp pembedahan 3 jam SAHAJA . Paling lama pun 4 jam . Tapi kami still tunggu . Tak henti-henti doa . Jam dh 6.30 pm . Pak teh dgn abg remy tunang kakak aku pun datang sekali tunggu . Mak aku baru nk makan sbb risau tunggu pembedahan yg lama sgt . Tiba ada guard dtg cari keluarga Raimi Berhanudin . Cuma 2 org boleh masuk tgk . Kami gilir-gilir . Aku masuk dgn mak aku . Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar . Sumpah menangis . Tgk wayar sana sini tp doctor Jepun tu handsome . Hihi :') Dia terang kt mak aku dh selamat semua . Mak aku bisik dkt telinga abg aku . Mak aku usap kepala dia perlahan-lahan . Ni lagi aku sedih . Dia tk sedar lagi masa tu . Kami gilir-gilir masuk lagi . Lepas tu , aku masuk dgn abah aku pulak . Abah aku baca doa sikit hembus dkt abg aku tu . Tiba abg aku kelip-kelip mata . Ya Allah , menitis air mata aku . Aku seronok tgk dia dh sedar tp dia masih sakit . Nampak jgk la mata abg aku berair . Dia sorang saja rasa kesakitan tu . 3 hari abg aku dkt ICU . Sedih tgk tapi alhamdulillah semua dh okay . Lepas tu , abang aku masuk ke wad biasa tp dia masih tk kuat . Alhamdullilah skrg dia cuba nk bangun semula . Terima kasih semua sbb doakan abg aku . Terima kasih nurse , doctor yg telah merawat abg aku . Terima kasih Ya Allah sbb semuanya berjalan dgn lancar . Kau jauhkan la segala kesakitan dan kecelakaan drpd keluargaku . Cukup la . Aku dah serik tgk benda mcm ni . Jgn la bg ada lagi mana-mana family aku lalui penderitaan mcm ni . Bukan kata family tp sesiapa saja la . Kepada semua yg baca , doakan abg aku cepat sembuh yaa . Cepat sihat mcm biasa . Terima kasih :)

May 4, 2011

Cerita Lama .

Okay cerita lama akan ku kitar semula balik . Lama tk update blog . Bertarikhkan 23/4 hari-hari tu , Cikyah cuti kerja . So aku dgn dia plan nak keluar la . Dalam pukul 10.30am kami nk bertolak tp akibat wujudnya janji melayu pukul 10 lebih-lebih baru keluar , dia dtg rumah aku terus belah . Kami bertolak sampai rumah lama Cikyah dkt Semerab kot kan Cikyah kan . Sampai rumah dia yg agak jauh la jgk sbb first time aku pg . Sampai jea rumah dia tgk ada abg dia si Doctor tu . Haaaaaa selamat aku dgn Cikyah . Tak payah naik KTM . Leceh tahu leceh . Abg dia nak hantar pg LRT Sungai Besi . Naik LRT terus turun dkt Hang Tuah . Jalan kaki sampai Times Square . Aku beli baju sama dgn Cikyah . Mcm buy 1 free 1 la tapi colour jea lain-lain . Lepas tu , jalan sana sini , beli itu ini . Pg breaklunch dkt Mcd . Camera aku hampir-hampir di curi oleh warga asing sbb aku letak sesuka hati . Haish , nasib baik =.= Dah penat dkt TS , jalan pg BB pulak . Cikyah masuk Cotton On situ . Kedai favourite katanya . Mak ai , handsome semua pekerja dkt situ . Haha . Masuk BB sbb Cikyah nak beli pakaian dalam . Haha . Tak patut di sebut di sini :p Jalan-jalan dan terus berjalan . Lepas tu , cikyah ajak pulak pg Pavilion . Nk cari handphone la bagai . Pg masuk kedai Superman . Haha . Cikyah rambang mata terus tk jadi beli . Aku dh power low time tu . Duduk kejap . Tiba bunyi guruh . Tunggu apa lagi . Pg BB balik , masuk Cotton On jap pg TS pulak . Usya-usya baju lagi . Lepas tu , terus pg LRT Hang tuah . Sampai Sunga Besi ambik teksi balik rumah lama cikyah . Helmet ada dlm rumah . Kunci rumah pulak tk ada . Hujan dh nk turun ni . Sumpah mengelabah . Nk pg isi minyak pun takut tk sempat . Helmet pinjam dkt kawan-kawan cikyah . Terus cabut balik Sepang tgk tak hujan pun --' Lepak kedai abg 'Abg Farid Kamil' jap . Hehe . Makan-makan terus balik . Cerita yg agak bosan tp sumpah aku enjoy gila dgn cikyah . Penat tu biasa la . Hihi . Thanks cikyah bawak aku pg jalan-jalan  :) Cikyah yg bajet nk shopping sbb dia dpt gaji tapi aku beli lebih drpd dia . Memilih sgt cikyah ni . Hihi . Nnt kita lepak lagi okay :*